Tempatan

DAP Alergik Dengan Perpaduan Melayu – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Mei 2023 – “Kali ini, pemimpin DAP menempelak Tan Sri Tuan Guru Haji Hadi dan Tun Dr Mahathir yang sudi duduk bersama-sama membincangkan hal agenda dan hala tuju orang Melayu. Kononnya mereka tidak layak.”

“DAP juga tiba-tiba menuduh dua tokoh ini ingin menggulingkan kerajaan apabila memperjuangkan intipati-intipati dalam Proklamasi Melayu. Nampak sangat mereka tak kaji proklamasi itu sebelum ‘melatah’. Hanya nak menggelupur semata-mata sahaja. Lucu betul tengok gelagat mereka yang alergik dengan perpaduan orang Melayu,” tempelak Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya atas sikap dan tindakan DAP dalam hal ini.

Ujarnya, inilah yang dikatakan selama ini, orang Melayu tidak boleh lagi bercakap tentang kepentingan bangsanya sendiri. Sesiapa sahaja yang bercakap demi kepentingan Melayu, pasti akan ditohmah, dituduh dan dilabel macam-macam.

“Habis tu, siapa yang layak bercakap mengenai nasib orang Melayu? Lim Kit Siang? Pemimpin-pemimpin DAP?” soal Hj Aminuddin.

BACA JUGA: LGBT: Mahkamah Agung Nepal Gesa Kerajaan Iktiraf Pasangan Sejenis

BACA JUGA: PDRM Serbu Lebih 500 Port Judi Online Di Johor

BACA JUGA: YDPA Al-Sultan Abdullah Ketua Negara Pertama Hadiri Istiadat Pertabalan Raja UK

Menerusi Facebooknya, aktivis itu turut menyenaraikan hipokrasi pemimpin-pemimpin DAP yang hanya membela bangsa mereka sahaja, namun menentang kuat hak-hak orang Melayu.

“Sejak dulu lagi pemimpin-pemimpin DAP hanya pandai membela sekolah-sekolah Cina milik Dong Zong sahaja. Malah, kita tidak lupa Deklarasi Setapak oleh DAP pada tahun 1967 menentang hak Istimewa Bumiputera dan orang Melayu. Begitulah hipokritnya kamu semua.”

“Manakala kamu Ramasamy, banyak membela pembinaan kuil-kuil haram sahaja. Dan kamulah yang bersungguh-sungguh terkehadapan dalam isu-isu pemurtadan anak-anak mualaf. Kita takkan lupa. Hebat betul hipokrasi kamu kononnya terpaling harmoni apabila marahkan Melayu yang ingin bercakap mengenai bangsanya sendiri.”

Atas sebab itu Hj Aminuddin menegaskan agar orang Melayu perlu terus memperjuangkan nasib dan hak bangsa tanpa mempedulikan suara-suara menghasut.

“Orang Melayu tidak kira siapa pun berhak berfikir, berkata-kata dan memperjuangkan hak, nasib dan masa depan bangsa dan agamanya. Jangan dilayan suara-suara sumbang yang menghasut kita agar mengabaikan bangsa dan agama kita sendiri.”

“Kerana akhir sekali kita juga yang akan rugi kerana puak-puak ini juga yang bersungguh-sungguh ‘push’ sini dan sana demi kepentingan bangsa mereka.”

“Dia boleh (banyak-banyak), kita tak boleh (walau sedikit dan dijamin Perlembagaan),” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: