“P. Ramasamy, see you in court!”- Firdaus Wong
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2022 – Ustazah Nazirah Nantha Kumari, pengasas sebuah yayasan Islam di Bayan Lepas sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap P. Ramasamy kerana memfitnahnya dalam kes Puan Loh dan ketiga-tiga anaknya yang tular bulan lepas.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Firdaus Wong Wai Hung, seorang pendakwah bebas dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Beliau yang juga merupakan pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) memaklumkan bahawa Ustazah Nazirah telah meminta bantuan pihaknya untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap P. Ramasamy menerusi unit undang-undang pertubuhan tersebut.
“Kami diam bukan kerana takut atau lemah tetapi kami diam kerana kami buat kerja dalam diam & biarkan anda terus bercakap.”
“Berani kerana benar, edit & padam kerana salah. Sudah terlambat untuk edit atau padam kerana segalanya sudah kami save. Andai dipadamkan sekalipun, IT expert kami dah simpan elok elok.”
“P. Ramasamy, jumpa di mahkamah!”
Terdahulu, Ustazah Nazirah bukan sahaja pernah dituduh menculik anak-anak Puan Loh Siew Hong bahkan pernah menerima ugutan bunuh.