Tempatan

Komen P. Ramasamy Warna Kulit Sebenar Parti Ultra Kiasu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2023 – Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam satu kenyataan menyimpulkan bahawa komen kontroversi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy baru-baru ini adalah mencerminkan warna kulit sebenar parti ultra kiasu tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan kenyataan P. Ramasamy itu sekali gus menghina perkhidmatan awam dan orang Melayu.

“Ingin saya bertanya kepada Ramasamy, maju sangatkah Malaysia ketika didominasi bukan Melayu?”

BACA JUGA: “Ini Tanah Padayapa kan… Melayu?” – CIJ

BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

BACA JUGA: Nepotisme Bukan Sekadar Isu Tiada Gaji Atau Elaun – Hanif Khatri

Mendedahkan bahawa beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan P Ramasamy, kerana itulah suara hati DAP yang amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu serta mendedahkan bahawa Ultra kiasu sedang berstrategi untuk memecahkan dominasi Melayu ini.

Tambah beliau, P. Ramasamy juga tidak akan faham, bagaimana orang bukan Melayu boleh masuk perkhidmatan jika komunikasi dalam bahasa Melayu ketika temuduga menggunakan bahasa “lu tatak lu tatak atau bulung bulung telebang di angkase”.

Oleh itu, selain penguasaan bahasa kebangsaan, wajarlah pribumi lebih ramai dalam perkhidmatan awam kerana mereka adalah majoriti besar dengan 70 peratus populasi. Seperti di India dan China, semua sektor di monopoli oleh India dan China, kenapa tidak pertikaikan monopoli tersebut, soal Ridhuan Tee.

Namun, pada hakikatnya, jika dilihat kembali sejarah penglibatan kaum Cina dalam sektor awam telah bermula semenjak bermulanya pemerintahan British sehingga kini.

Walau bagaimanapun, dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti angkatan tentera, polis dan bomba, penglibatan mereka masih kurang kerana “Jawapan mudah, kiasi takut mati. Mereka kiasu tetapi kiasi.”

Justeru, Ridhuan Tee menyeru pihak berkuasa Kerajaan bertindak tegas terhadap individu yang terus menerus dibangkitkan, mencabar maruah orang Melayu yang bukanlah kali pertama, malah sudah berkali-kali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: