Tempatan

GTA Bawa Konsep Melayu Hebat & Wibawa – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 18 Oktober 2022 – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Pahang, Hj Aminuddin Yahaya mengatakan bahawa, GTA hari ini akan membawa konsep Melayu yang hebat dan berwibawa bagi menentang golongan Melayu rasuah dan pengkhianat di negara ini.

Menurut beliau, sekiranya urus tadbir negara pada ketika ini berada dalam tangan pemimpin yang tepat, sudah pasti pendapatan rakyat juga berkemungkinan tiga hingga empat kali lebih baik daripada yang diperolehi sekarang.

Disebabkan rasuah dan penyelewengan yang berlaku, Hj Aminuddin berpandangan, golongan kaya terus mengaut keuntungan berlipat kali ganda daripada sumber berkenaan,

Ketika berucap dalam Himpunan GTA Negeri Pahang di Temerloh, semalam, beliau berkata, kesengsaraan rakyat hari ini bukan kerana negara tidak ada sumber yang banyak. Jika dilihatkan di Negeri Pahang, terdapat emas, bauksit dan macam-macam lagi yang mempunyai nilai tinggi yang boleh dikaut, di mana hasilnya kita dapat berbilion ringgit untuk membantu rakyat.

“Tapi disebabkan korupsi yang berlaku, yang kaya itulah mengaut keuntungan yang melipat ganda, yang kita tidak boleh bayangkan bila dikatakan sampai mempunyai simpanan RM100 bilion,” ujarnya menurut satu laporan media.

Oleh itu, beliau memaklumkan bahawa GTA akan menjadi gerakan alternatif untuk rakyat yang semakin muak dengan pemimpin parti politik sedia ada yang tiada kredibiliti.

“Dan saya yakin andai kata GTA menang bukan sahaja di Pahang, tetapi di Putrajaya sekali pun, kita akan mampu mengangkat Malaysia menjadi negara yang unggul di dunia.”

“Bukan sebagai kuasa besar, tetapi saya yakin kalau betul kita urus, kita boleh menguasai satu-satu bidang lebih daripada orang lain dan ia berlaku pada Singapura serta negara-negara kecil lain,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: