NGO

Isu Konflik Kekeluargaan Sengaja Dijadikan Isu Keagamaan Dan Perkauman – Haji Rashidi Haris

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1.Tuntutan habeas corpus oleh ibu kandung beragama Buddha terhadap 3 orang anaknya yang telah menganut Islam supaya kembali ke pangkuannya, haruslah dilihat dengan penuh kesaksamaan. Kedua belah pihak mempunyai hujah dalam memperkuatkan pembelaan masing-masing. Demi keadilan, kita harus mendengar alasan kedua belah pihak daripada sumber yang boleh dipercayai.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis Perlu Murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

2. Kes ini adalah kes kekeluargaan berkaitan seorang ibu berbangsa Cina beragama Hindu, Puan Low Siew Hong (Puan Loh) berstatus ibu tunggal manakala bekas suaminya berbangsa India asal Hindu.

3. Tuduhan tidak berasas melibatkan kes “penculikan” dan pertukaran agama kanak-kanak kononnya dilakukan secara paksaan, dan pengislaman mereka adalah tidak sah adalah tohmahan dan andaian semata-mata. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden Skuad Mubaligh Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth bin Kalimuthu semalam di hadapan perkarangan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Mustahil bapa membawa anak-anaknya kepada pertubuhan untuk diislamkan adalah perbuatan jenayah “menculik”.

4. Tiada langsung elemen paksaan, ancaman mahupun penculikan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu. Anak-anak tersebut juga tidak ditahan oleh sesiapa pun tetapi diserahkan oleh bapa kandung sendiri untuk dijaga dengan sebaiknya oleh individu dan NGO Islam yang terlibat. Tidak ada sebarang kekecohan berlaku di sini kerana tidak ada sesiapa melarang sesiapa daripada bertemu sesiapa pun. Sehinggalah kes kekeluargaan ini menjadi panas apabila ada pihak mendakwa anak-anak diculik dan dipaksa memeluk agama Islam.

5. Di sini bermulanya kekecohan sehingga menyebabkan beberapa NGO Islam terpanggil untuk membidas sikap melampau beberapa pihak apabila membuat kenyataan yang dilihat berniat jahat terhadap Islam. Kenyataan provokatif menjadi punca berhimpunnya NGO Islam di hadapan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Himpunan tidak akan ada jika tidak ada kenyataan provokatif terhadap Islam.

6. Dunia mengetahui Malaysia yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam tidak pernah berlaku zalim atau menindas bangsa dan agama lain, tidak seperti negara lain sebagai contoh di India, ketika ini sedang berlaku genocide terhadap umat Islam India-Muslim, dan di China juga berlaku genocide terhadap orang Islam bangsa Uighur. Ada kalangan mereka yang dibunuh, tetapi keadaan ini tidak berlaku di negara kita.

7. Impak daripada kenyataan yang sangat jahat ini boleh mendorong rakyat yang jahil sejarah negara ini melihat seolah-olah orang Melayu ini adalah bangsa yang sangat zalim sedangkan terdapat ramai dari kalangan bukan bangsa Melayu boleh berada di Parlimen dan ada sehingga menjawat jawatan sebagai Menteri. Di manakah kayu ukur “zalim” dan “menindas” yang dimaksudkan oleh mereka yang masih tidak puas hati dengan budi baik bangsa Melayu ini?

Haji Rashidi bin Haris
@ Lebai Kampung

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: