Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Hj Aminuddin Yahaya
KUALA LUMPUR, 09 Jun 2023 – “Sudah-sudahlah Anwar. Isu Pulau Pinang-Kedah ini kamu tak perlu ‘try hard’ sangat nak komen sampai bawa masuk Parlimen. Malah, kamu tu Perdana Menteri. Segala apa yang kamu merepek pasti akan memberi kesan kepada negara.
Kamu sudahlah ‘hangit’ merepek-repek dalam isu Kalimah Allah sampai semua benda jadi tonggang langgang. Jangan pula nak cuba-cuba merepek bab sejarah negara pula,” ini teguran Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan ini dikeluarkan selepas Perdana Menteri Kesepuluh itu mendakwa isu tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang boleh menyebabkan pihak lain seperti kerajaan Thailand yang dahulunya Siam menuntut wilayah Kedah atau Perlis berdasarkan perjanjian silam.
BACA JUGA: Vaksin COVID-19: Kesan Sampingan ‘Kematian’ Tidak Dimasukkan Kerana Aplikasi “Terhad”
BACA JUGA: Tumbuk Muka dan Kereta Orang Awam, Individu Dipercayai Mabuk Ditahan
BACA JUGA: Pemuda UMNO Bakal Serah Memorandum Bantah Kebiadapan Jocelyn Chia Perlekeh Malaysia
Kata Hj Aminuddin, kalau Siam nak tuntut Kedah sekali pun, atas asas apa? Apakah Anwar lupa atau tidak tahu yang Siam pernah menakluki Kedah dahulu adalah melalui pengkhianatan dan penipuan?
“Anwar risau mereka nak tuntut celah macam mana pula sekarang?
Atau sebenarnya dalam otak Anwar penuh, likat dan pekat dengan naratif sejarah British kononnya Siam dan British adalah watak-watak baik belaka?”
Apakah yang jahat adalah orang Melayu pula? Kesian nenek moyang kita di Kedah. Begitu sekali sejarah tragik mereka diputar-belit padahal begitu teruk sekali generasi mereka disembelih melalui komplot jahat British dan Siam.”
Tambah aktivis yang lantang memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia sepatutnya perlu yakin dan tegas dengan sejarah negara.
“Sepatutnya Anwar sebagai Perdana Menteri yakin dan tegas dengan sejarah kita; tak perlu takut kalau Siam nak claim apa-apa. Malah, berani berhadapan atas prinsip “berani kerana benar”. Itu pun kalau Siam tak tahu malu nak claim sesuatu yang memang tiada keraguan bukan hak mereka langsung,” tegas beliau lagi.