Tempatan

Ismail Sabri, Jangan Khianati Anak Cucu Dengan Iktiraf UEC – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 08 September 2021 – Kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri diharap tidak akan mengkhianati bangsa dan negara dengan mengiktiraf sijil peperiksaan Unified Examination Certificate (UEC) demi sokongan undi percaya, ujar Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

“Pagi ini, saya terbaca berita yang sangat mengejutkan di mana ia mengatakan kerajaan bakal mengiktiraf UEC untuk mendapat sokongan undi percaya dari pembangkang, untuk kekal berkuasa melalui persetujuan ‘Confidence & Supply Agreement (CSA)’,” kata Tuan Haji Aminuddin Yahaya dalam Facebooknya.

“Jangan hanya kerana mahu kekal kuasa politik, prinsip digadai begitu sahaja. Ini bukan setakat perihal prinsip, tetapi mengiktiraf UEC adalah satu pengkhianatan terhadap anak cucu, nenek moyang kita, sistem pendidikan dan keharmonian negara.”

Tegas beliau, walaupun mengiktiraf UEC bukan sesuatu yang pelik dan asing untuk parti UMNO kerana ia antara janji manifesto, namun Ismail Sabri diseru untuk tidak terjerat dengan taktik ‘Melayu Screw Melayu’.

“Agenda mengiktiraf sijil peperiksaan UEC yang dikelola oleh Dong Zong itu bukan suatu yang asing buat UMNO kerana memang mereka telah meletakkannya sebagai antara janji manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu jika berjaya berkuasa menjadi kerajaan.”

Tambah Aminuddin, pembangkang sedar “mereka tidak akan berjaya merampas tampuk pimpinan dengan permainan ‘numbers’ ini”, oleh itu mereka menggunakan strategi menekan dan mempergunakan kebuntuan politikus Melayu demi agenda mereka.

Dan ini bukanlah sesuatu yang baharu, menurutnya lagi.

Jika pembangkang berjaya merampas sekalipun, mereka tidak akan memerintah lama kerana pilihan raya tahun hadapan.

“Dan pastinya kerajaan itu juga tidak stabil. Ini tidak menguntungkan mereka dan malah mereka perlu menanggung beban yang sangat berat memulihkan ekonomi pasca-COVID nanti.”

Justeru, Pengerusi badan NGO ini sekali lagi menegaskan agar Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Pendidikan Radzi Jidin tidak akan mengiktiraf UEC selagi mana mereka berkuasa.

“Apa-apa pun, saya berharap agar Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan segera mengeluarkan jaminan yang UEC tidak akan diiktiraf selagi berkuasa… Dan sanggup hilang kuasa jika tidak mengiktirafnya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: