Antarabangsa

Rakyat Jerman Kini Wajib Pakai Pelitup Muka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 19 Julai 2022 – Pemakaian pelitup muka ketika di dalam bangunan awam akan dikuatkuasakan kembali bagi menangani penularan COVID-19 di Jerman.

Walau bagaimanapun, sekatan pergerakan atau perintah berkurung tidak akan dilaksanakan.

Menteri Kehakiman Marco Buschmann berkata, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka itu adalah salah satu langkah mitigasi utama dan pembentangan akan dikemukan di parlimen untuk mendapat kelulusan perundangan pada bulan September depan.

“Keberkesanan pelitup muka di dalam bangunan tidak dapat dipertikaikan. Oleh itu apa-apa bentuk pemakaian pelitup muka di dalam premis memainkan peranan dalam konsep kami. Kami sudah pun mengusahakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam tempatan,” katanya ketika ditemubual oleh akhbar tempatan Morgan Post.

Mengulas lanjut, Marco berkata pakatan pemerintah Jerman bersetuju bahawa penutupan sekolah dan perintah berkurung bukan lagi langkah yang sesuai dalam menangani wabak itu.

Jelasnya, penutupan sekolah dan perintah berkurung akan memberi kesan yang tinggi kepada mental dan sosio-psikologi serta pendidikan anak muda.

“Saya anggap ia tidak boleh diterima. Bagaikan meletakkan batu giling di leher seluruh generasi murid dan pelajar.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: