NGO

Iktiraf UEC Satu Perbuatan Ironi, Khianat & Hipokrit – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. PEMBELA yang mewakili gabungan lebih 50 pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam sekeras-kerasnya menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ianya jelas bertentangan dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Falsafah Pendidikan Negara 1988, dan Dasar Bahasa Kebangsaan. UEC membawa silibus yang menyeleweng dari luar negara dan tidak mengguna Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

2. PEMBELA ingin menegaskan pengiktirafan UEC adalah pengkhianatan kepada Negara dan berlawanan kehendak Raja-Raja Melayu kerana bersifat subversive serta meremeh, memperlekeh dan jelas tidak mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Sudah dipersetujui sebelum ini formula mengukuhkan perpaduan mesti kembali kepada Akta dan Dasar Pendidikan Negara yang menekan pengunaan Bahasa Kebangsaan, kurikulum serta sistem peperiksaan yang selaras dengan Perlembagaan Negara.

3. PEMBELA ingin mengingatkan Mukaddimah kepada Falsafah Pendidikan Negara 1988 menyatakan dengan jelas, PERPADUAN SEBAGAI MATLAMAT UTAMA NEGARA. Ia berdasarkan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 sebelum ini.

4. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) juga dengan jelas menekankan peranan penting pendidikan untuk menyatupadukan rakyat untuk memastikan wawasan negara dapat dijayakan.

5. Pengiktirafan UEC juga akan merencatkan 3 fasa gelombang Transformasi Pendidikan yang telah dipacu sejak 2013 mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025. 5 Bidang Keberhasilan sistem yang disasarkan turut menekankan tentang aspek PERPADUAN yang yang harus dicapai, akan digagalkan dengan pengiktirafan UEC ini.

6. PEMBELA berpandangan pengiktirafan UEC akan mewujudkan persaingan tidak wajar dalam peluang pengajian tinggi dan pekerjaan kepada lepasan sekolah menengah kebangsaan yang tidak menurut acuan kenegaraan. Ini mesti dihentikan. Soal pembiayaan tidak harus timbul langsung dalam hal ini memandangkan ianya tidak selaras dengan aspirasi Negara.

7. Belum lagi tertubuh KERAJAAN PERPADUAN, Dong Zong dengan gelojoh terus mendesak pengiktirafan UEC dan mahu pembiayaan kekal kepada Sekolah Pendidikan Cina yang membelakangkan Bahasa Kebangsaan. Apakah Kerajaan Perpaduan ini mahu berkompromi dengan pihak yang menolak Akta Pendidikan Negara dan menolak sistem Pendidikan Kebangsaan serta menambah kecelaruan yang sedia ada? Adalah satu yang ironi, janggal dan hipokrit sekiranya tuntutan yang merosakkan agenda perpaduan negara dibenarkan oleh kerajaan yang menamakan dirinya sebagai Kerajaan Perpaduan.

Justeru, maka dengan ini PEMBELA:
a. Mendesak agar pihak Kerajaan Perpaduan kekal tidak mengiktiraf UEC demi memelihara kedudukan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta dan Dasar Pendidikan Negara serta Dasar Bahasa Kebangsaan.

b. Menyaran agar pihak Kerajaan Perpaduan mengambil serius perihal isu ini dan tidak melayan sebarang permintaan pembiayaan kerana obligasi Negara adalah kepada mereka yang mengikut dasar-dasar Negara dan bukan sebaliknya.

c. Menggesa penubuhan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat agenda sebenar di sebalik tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong yang menjejaskan cita-cita perpaduan negara sebagaimana yang dihasratkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Sekretariat PEMBELA

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: