Tempatan

Kenyataan Dr P Ramasamy Bersifat Provokatif Dan Melampau – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2022 – “Kenyataan YB Dr P. Ramasamy adalah bersifat provokatif dan berniat jahat. Dia bukan membincangkan berkaitan hak penjagaan anak-anak Loh Siew Hong, tetapi lebih cenderung kepada mempertikai pengislaman ketiga anak-anak tersebut.” Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya mengeluarkan kenyataan tersebut dalam sidang media yang diadakan petang tadi di pejabat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan lagi, tiga kanak-kanak yang ketika ini berada dalam situasi kontroversi memeluk Islam yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak bukan Islam baru-baru ini, memeluk Islam atas kerelaaan hati mereka masing-masing.

BACA: Polis Mesti Ambil Tindakan Terhadap Pihak Berkuasa Agama Perlis – P. Ramasamy

BACA: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P. Ramasamy

BACA: Kenyataan Dr P. Ramasamy Bersifat Provokatif Dan Melampau – Pengerusi PEMBELA

Kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis oleh bapa kandung mereka sendiri.

“Tiada elemen paksaan, ancaman mahupun penculikan sepertimana yang didakwa Dr P. Ramasamy. Anak-anak tersebut juga tidak pada bila-bila masa ditahan oleh mana-mana pihak tetapi dijaga dengan sebaiknya oleh individu dan badan Islam yang terlibat.”

PEMBELA dalam kenyataan media yang sama, mengingatkan semua pihak bahawa penentuan berkaitan hukum Syarak adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Menurut Pengerusi PEMBELA itu lagi, Dewan Undangan Negeri Perlis telah meminda Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam berkaitan kapasiti pemelukan Islam kanak-kanak kepada frasa ‘ibu atau bapa’ pada tahun 2016.

“Oleh yang demikian, keperluan yang ditetapkan pihak legislatif bagi perkara tersebut adalah salah seorang ibu, atau bapa, atau penjaga sahaja. Malah ia selari menurut Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan yang telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Raja Perlis sendiri pada 29 Mei 2003. Oleh itu, tidak timbul isu pemelukan Islam ketiga-tiga anak itu bercanggah dengan undang-undang.”

Dalam kenyataan yang sama, PEMBELA mengingatkan semua pihak bahawa penentuan berkaitan dengan hukum Syarak adalah di bawah bidang kuasa Negeri-Negeri.

“Oleh yang demikian dalam menentukan kedudukan hukum Syarak sama ada perlu kebenaran salah seorang atau kedua ibu bapa adalah dalam bidang kuasa Negeri. Semua pihak wajib menghormati kerangka sistem perundangan dan Perlembagaan ini. Kes duluan yang dirujuk pelbagai pihak iaitu Indira Ghandi mlwn Pengarah Jabatan Agama Islam Perak perlu dibezakan dari kes ini kerana kedudukan perundangan dan fakta yang berlainan,” tegas Hj Aminuddin Yahya lagi.

“PEMBELA ingin menyeru semua pihak untuk menyokong kenyataan ini dan kepada pihak berkuasa agar menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang ingin menimbulkan kekacauan serta suasana tidak harmoni antara agama di dalam Negara ini. PEMBELA tidak sekali-kali berkompromi apabila ia melibatkan aqidah umat Islam walaupun seorang.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: