Tempatan

Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – Semakan undang-undang pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini dan akan menjalani sebutan semula kes pada 6 April ini.

Semakan undang-undang itu adalah bagi menggugurkan tiga pertuduhan memuat naik video yang menyentuh isu sensitiviti perkauman yang dihadapinya.

BACA JUGA: Ketukan Dari Kontena: Terperangkap 6 Hari, Kanak-Kanak Warga Asing Akan Dihantar Pulang

BACA JUGA: Macam Mana Filem Melayu Nak Maju Kalau Bangkang Sebab Bikini – Melayu Singapura

BACA JUGA: 2 Lelaki Cina Tetak Pelayan Lambat Hantar Minuman Di Cheras

Keputusan itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aslinda Che Seman kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab. Razak dalam sebutan kes tersebut hari ini.

Setelah mendengar keputusan itu, peguam bela yang mewakili Rizal, M. Pravin memohon kepada pihak mahkamah untuk menetapkan satu tarikh sebutan kes bagi memasukkan representasi kedua.

Katanya, representasi kedua itu masih dengan alasan yang sama iaitu bagi menggugurkan kes tetapi akan dimasukkan juga perkara yang baharu.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh 6 April untuk sebutan semula kes bagi pemfailan pernyataan saksi.

Terdahulu, pengasas kelab komedi itu didakwa atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum menerusi aplikasi Facebook.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: