Antarabangsa

Syria Diterima Liga Arab, Kongres Amerika Salahkan Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 10 Mei 2023 – Ahli parlimen Amerika Syarikat (AS), mantan para pegawai serta para penganalisis yang berpusat di Washington telah membuat kritikan serta menyalahkan pentadbiran Biden atas tindakan Liga Arab memasukkan semula Syria ke dalam organisasi itu.

Kumpulan yang sama juga telah menyalahkan Biden serta pentadbirannya kerana negara-negara Arab kini sedang melalui proses normalisasi dengan kerajaan Bashar al-Assad.

BACA JUGA: Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak

BACA JUGA: Lebih 11,000 Data Peribadi Calon Bocor, UiTM Mohon Maaf

BACA JUGA: Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap

Minggu ini, empat ahli parlimen daripada komiti hal ehwal Senat dan Parlimen telah menyeru pentadbiran Biden agar memperjelaskan penolakan mereka terhadap usaha normalisasi tersebut.

Keempat-empat ahli parlimen itu juga menyeru agar Biden dan pentadbirannya mengenakan sekatan terhadap mereka yang memberikan sokongan terhadap pemimpin Syria tersebut.

Ahli-ahli Liga Arab, kecuali Kuwait dan Qatar telah bersetuju untuk membatalkan pembekuan keahlian Syria pada minggu lalu setelah lebih sepuluh tahun liga tersebut tidak berhubungan baik dengan rejim Assad disebabkan tindakan kejam yang dilakukan Presiden Syria terhadap para pembangkang.

Para senator AS dalam kenyataan sewaktu mendesak Biden agar memperjelaskan penentangan AS terhadap normalisasi tersebut turut menyenaraikan tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh pentadbiran Assad dan menyatakan bahawa itu semua adalah bukti bahawa negara tersebut adalah “global pariah”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: