Antarabangsa

Biden Semakin Hilang Pengaruh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 09 November 2023 – White House telah memberi amaran mengenai hasil undian tentang pendapat warga Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan bahawa Joe Biden kini sedang terkebelakang dan sedang diatasi oleh calon Donald Trump.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh White House pada Selasa lalu setelah sebuah undian yang dijalankan oleh New York Times/Siena pada Ahad lalu menyaksikan Biden berada di belakang Trump pada lima negeri.

Pilihanraya presiden di negara itu akan dijalankan pada November tahun hadapan.

Undian The Times juga menunjukkan bahawa Biden kini berada di belakang Trump di negeri-negeri seperti Nevada, Georgia, Arizona, Michigan dan Pennsylvania.

Namun di Wincousin kelihatannya Biden berjaya mendahului Trump.

Keputusan kemenangan di kesemua enam negeri itu akan membantu dalam penentuan pemenang bagi pilihanraya presiden di AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: