Antarabangsa

Trump Bakal Bina Menara Tinggi Di Jeddah, Perluas Jenama Di Timur Tengah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 03 Julai 2024 – Organisasi bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal membina menara tinggi di bandar Arab Saudi sebagai langkah memperluas jenama Trump di rantau Timur Tengah.

Pengumuman itu dibuat selepas perjanjian dicapai antara The Trump Organization dan pemaju hartanah utama di Saudi, Dar Global untuk membina menara tinggi di pantai Jeddah, Arab Saudi.

Menerusi satu kenyataan anak bekas presiden dan Naib Presiden Eksekutif Organisasi Trump, Eric Trump berkata, “Kami sangat teruja untuk mengembangkan jejak kami di Timur Tengah dan membawa standard kemewahan Trump ke rantau ini melalui hubungan lama kami dengan Dar Global.”

Ujarnya, “Kerjasama ini merangkumi visi bersama untuk mencipta pembangunan mercu tanda yang memaparkan kemewahan, kualiti dan kecanggihan.”

Dalam pada itu, dalam kenyataan akhbarnya sendiri, Dar Global menekankan bahawa Trump Tower Jeddah akan menyasarkan ‘pasaran mewah Arab Saudi dan pelabur antarabangsa’ malah akan ‘menguatkan hubungan berterusan organisasi itu dengan The Trump Organization sekali gus mengembangkan portfolionya dengan menyampaikan hartanah premium untuk mentakrifkan semula pasaran hartanah pertumbuhan tinggi Arab Saudi.’

Selain perniagaan, penubuhan menara Trump di Jeddah turut mengukuhkan hubungan bekas presiden itu dengan Kerajaan Arab Saudi, di mana Trump telah memilih Saudi sebagai destinasi lawatan asing pertama semasa penggalnya dan pentadbiran beliau telah mempertahankan Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman daripada tindakan serius berhubung pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi, di Istanbul.

Tambahnya, selain menara Jeddah, Dar Global sedang membangunkan Trump International Hotel dan vila mewah di Muscat, Oman yang dijangka selesai pada 2028.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: