Antarabangsa

Israel Sasar Terowong Hamas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 09 November 2023 – Tentera darat rejim Zionis di Semenanjung Gaza menyasarkan untuk mencari dan melumpuhkan rangkaian terowong pejuang Hamas di bawah kawasan itu, ia merupakan fasa seterusnya dalam serangan rejim Zionis yang telah membunuh beribu-ribu rakyat Palestin.

Ketua jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari berkata bahawa Kor Kejuruteraan Tempur Israel menggunakan alat letupan untuk memusnahkan rangkaian terowong yang dibina oleh Hamas yang membentang luas ratusan kilometer di bawah Gaza.

Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkata, Israel menyasarkan pejuang Hamas di Gaza termasuk infrastruktur mereka, komander mereka, bunker dan bilik komunikasi. Rakyat Israel sendiri bimbang kerana operasi ini boleh membahayakan tebusan, yang dipercayai ditahan di dalam terowong.

Menurut sumber Hamas dan kumpulan pejuang Jihad Islam berkata, kereta kebal Israel telah menghadapi tentangan hebat daripada pejuang Hamas yang menggunakan rangkaian terowong untuk melancarkan serangan hendap.

Kota Gaza, bandar terbesar di wilayah itu dan merupakan kubu utama Hamas, telah dikepung. Tentera Israel mendakwa tenteranya telah mara ke tengah-tengah bandar, manakala Hamas pula berkata pejuangnya telah menyebabkan tentera Israel mengalami kerugian besar.

Pegawai Kanan Hamas Ghazi Hamad ketika berkata kepada televisyen Al Jazeera, mencabar tentera Israel untuk merekodkan sebarang pencapaian ketenteraan di lapangan setakat ini, selain membunuh orang awam.

Walaupun operasi ketenteraan Israel tertumpu di bahagian utara Gaza, bahagian selatan juga turut diserang. Pegawai kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam dua serangan udara Israel pada hari Selasa di bandar selatan Khan Younis dan Rafah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: