Elon Musk ‘Dipaksa’ Bertindak Kawal Kandungan Hamas-Israel
BRUSSELS, 11 Oktober 2023 – Pesuruhjaya Eropah yang menyelia pasaran digital, Thierry Breton memberi amaran kepada Elon Musk pada Selasa untuk menangani penyebaran ‘maklumat palsu’ pada saluran media sosial 𝕏, susulan konflik terbaru di Palestin.
Menerusi surat rasmi, Breton meminta Musk menjawab aduan itu dalam masa 24 jam dan menghubungi pihak penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.
Following the terrorist attacks by Hamas against , we have indications of X/Twitter being used to disseminate illegal content & disinformation in the EU.
Urgent letter to @elonmusk on #DSA obligations pic.twitter.com/avMm1LHq54
— Thierry Breton (@ThierryBreton) October 10, 2023
“I urge you to ensure a prompt, accurate and complete response to this request within the next 24 hours. I remind you that following the opening of a potential investigation and a finding of non-compliance, penalties can be imposed.”
Menurut Breton, tindakan itu kononnya bagi mematuhi peraturan kandungan dalam talian EU yang baharu.
Namun begitu, Musk membidas kembali dengan meminta Breton menyenaraikan pelanggaran yang telah dibuat oleh 𝕏.
“Our policy is that everything is open source and transparent, an approach that I know the EU supports. Please list the violations you allude to on 𝕏, so that that the public can see them.”
Tegas Musk, syarikatnya berpegang teguh kepada pendirian menyediakan sumber berita terbuka lagi telus.