Tempatan

Solidariti Palestin: Bukit Aman Gesa Rakyat Tidak Terbabit Kegiatan Keganasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2024 – Bukit Aman menggesa rakyat Malaysia menterjemahkan solidariti mereka kepada Palestin dengan cara yang betul dan tidak melibatkan sebarang kegiatan keganasan.

Laporan akhbar tempatan menyebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Malaysia tidak pernah mengklasifikasikan Hamas sebagai pengganas, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan tiada rakyat Malaysia yang terbabit hingga mengancam keselamatan diri.

Menurut beliau, “Kumpulan itu tidak pernah menjemput mana-mana individu atau kumpulan dari negara luar untuk bersama-sama mereka mempertahan kawasan konflik berkenaan.”

Justeru, “Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau rakyat negara ini agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik, antaranya Gaza atas alasan berjihad.”

Dalam pada itu, Razarudin turut menegaskan akan memastikan mereka yang ke Rafah hanya untuk tujuan menghantar bantuan kemanusiaan dan keperluan rakyat Palestin.

Katanya, PDRM melalui Cawangan Khas sentiasa memantau dan melakukan risikan dalam memastikan keselamatan negara terjamin dari sebarang unsur keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: