Antarabangsa

21 Tahun Selepas 9/11, Muslim AS Terus Jadi Sasaran Kebencian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 18 September 2022 – “Dua puluh satu tahun selepas serangan, umat Islam terus menghadapi ancaman keganasan yang disasarkan,” kata Hussam Ayloush, Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam bahagian Los Angeles.

Ujarnya, selepas kejadian 11 September 2001, rakyat Amerika dan kerajaan negara itu mempunyai alasan kukuh untuk bersama-sama menyasarkan dan memusuhi ‘musuh’ yang sama.

“Umat Islam terus menjadi sasaran kebencian, buli, dan diskriminasi akibat stereotaip yang diamalkan oleh Islamofobia dan media pada tahun-tahun selepas serangan 9/11.”

Tambahnya, sesuatu yang tidak mengejutkan apabila angka yang berkaitan dengan diskriminasi terhadap umat Islam berada di tahap membimbangkan dan menunjukkan betapa Islamofobia telah meningkat di AS sejak 21 tahun lalu.

Hal ini berikutan keadaan politik semasa yang tidak menentu di AS yang dikekalkan oleh bekas Presiden Donald Trump semasa memegang jawatan.

“Kepimpinan Trump menjadikan fanatik anti-Muslim sebagai sesuatu yang normal. Trump menjadikan keadaan menjadi anti-Muslim secara terang-terangan sebagai sesuatu yang diterima secara sosial,” kata Hussam.

“Kepalsuan yang paling terang-terangan timbul daripada tindak balas terhadap serangan 9/11 ialah idea bahawa orang Islam lebih cenderung kepada keganasan berbanding kumpulan atau agama lain,” katanya lagi.

Terdahulu, ahli ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang penulis buku, Dr Paul Craig Robert mendedahkan bahawa serangan 9/11 merupakan kerja orang dalam.

“Ianya amat jelas pada saya bahawa 9/11 itu adalah kerja orang dalam, ianya merupakan operasi khianat yang mana kesalahan tersebut diletakkan di bahu orang Islam bagi membolehkan ‘perang terhadap keganasan’ yang mana ianya bertujuan untuk memusnahkan musuh Israel di Timur Tengah,” ujarnya lagi dalam menyatakan tentang tujuan sebenar serangan tersebut dilakukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: