Antarabangsa

Biden “Bantu” Atasi Islamofobia, Ramai Skeptikal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 03 November 2023 – Rakyat Amerika yang beragama Islam skeptikal terhadap Presiden Joe Biden yang sedang membangunkan strategi untuk memerangi Islamofobia, kerana sokongan padu yang diberikan Rumah Putih terhadap serangan tentera rejim Israel ke atas Hamas di Gaza.

Pada asalnya, rancangan pembangunan strategi itu hendak diumumkan pada minggu lalu ketika Biden bertemu dengan pemimpin Islam, tetapi ia ditangguhkan disebabkan oleh kebimbangannya terhadap orang Islam Amerika yang mempersoalkan kredibiliti pentadbirannya dalam isu ini.

Insiden kebencian anti-Yahudi dan anti-Muslim telah meningkat secara mendadak di Amerika Syarikat dan juga di luar negara sejak serangan balas pada 7 Oktober oleh Hamas terhadap rejim Israel, di mana tentera rejim Israel telah berjanji untuk menggunakan kekerasan bagi memusnahkan Hamas.

Salah satu serangan yang paling menonjol di AS ialah pembunuhan Wadea Al-Fayoume yang berusia 6 tahun oleh seorang lelaki yang turut mencederakan ibunya dalam serangan di Illinois yang didakwa oleh pendakwa sebagai jenayah kebencian yang didorong oleh Islamofobia.

Rami Nashashibi, pengasas Inner City Muslim Action Network di Chicago berkata beliau percaya usaha memerangi Islamofobia akan mati selagi mana Presiden dan Pegawai Pentadbiran tidak mengutuk keras Benjamin Netanyahu yang secara terbuka menggesa agar rakyat Palestin dimusnahkan dari Gaza.

Nashashibi juga mengingatkan agar pentadbiran Biden lebih agresif menyeru agar jenayah kebencian yang menyasarkan orang Islam dan Arab Amerika dihentikan.

Tambahnya lagi, Rumah Putih tidak mempunyai kredibiliti untuk melancarkan strategi Islamofobia pada masa ini, tanpa membincangkannya secara terbuka perkara-perkata yang dibangkitkan semasa pertemuan dengan mereka pada minggu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: