Antarabangsa

Truck Dengan Mesej Anti Muslim ‘Serang’ Empat Masjid

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AMERIKA SYARIKAT, 09 Disember 2022 – Sebuah trak yang mempamerkan papan iklan anti-Muslim telah mensasarkan masjid keempat di New Jersey pada hari yang sama di mana pada November lalu ianya telah mensasarkan tiga lagi masjid lain.

Pemandu trak tersebut yang tidak diketahui identitinya telah memandu trak perniagaan yang mempamerkan gambar serangan keganasan Mumbai 2008. Pemandu tersebut telah memandu trak tersebut pada 26 November di mana ianya adalah tarikh bagi ulang tahun ke-14 serangan tersebut.

Ahli komuniti di sekitar New Jersey mengatakan bahawa perbuatan pemandu trak tersebut kelihatan seperti sengaja dan tersusun dengan tujuan untuk mengganggu orang Islam di sekitar kawasan tersebut.

Sebelum ini trak tersebut telah muncul di Muslim Center of Middlesex County di Piscataway, di New Brunswick Islamic Center serta di Masjid Komuniti Muslim New Jersey di Fords.

Terdapat juga rakaman baharu yang menunjukkan trak tersebut telah membuat kemunculan di Masjid Al-Wali di Edison sekitar jam 10.16 pagi pada 26 November. Ahli jemaah masjid tersebut juga mengatakan bahawa sekali lagi melihat trak tersebut di masjid itu pada hari yang sama.

Trak itu dilaporkan mempunyai logo TV Truck, sebuah syarikat pengiklanan digital bergerak di bahagian sisi badan kenderaan tersebut. Namun syarikat tersebut enggan membuat sebarang kenyataan pada ketika ini.

Gov. Phil Murphy, salah seorang Ahli Parlimen di New Jersey telah mengutuk insiden ini dengan mengatakan bahawa gangguan anti-Muslim ini sama sekali tidak dapat diterima dan ianya sangat memalukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: