Antarabangsa

Filem Propaganda Sebar Kebencian Ke Atas Muslim Diharamkan Di Singapura

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 12 Mei 2022 – Singapura mengharamkan sebuah filem propaganda yang menyebar kebencian terhadap Muslim di India berikutan kandungannya yang memprovokasi dan gambaran sepihak terhadap umat Islam.

Hal ini kerana, filem arahan Vivek Agnihotri itu dikhuatiri akan menimbulkan permusuhan antara masyarakat yang berbilang kaum.

“Filem itu akan ditolak klasifikasinya kerana provokasi dan gambaran berat sebelah terhadap orang Islam dan gambaran orang Hindu dianiaya dalam konflik yang berterusan di Kashmir.”

“Penerbitan itu berpotensi dalam menimbulkan permusuhan, mengganggu perpaduan sosial dan keharmonian agama dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama,” kata kerajaan Singapura dalam sebuah kenyataan Isnin lalu.

Singapura yang mempunyai 5.5 juta penduduk terdiri daripada bangsa Cina, Melayu dan India itu ketat dengan undang-undang dan akan menghukum sebarang percubaan untuk mengganggu keharmonian antara kaum dan agama.

Filem kontroversi itu mengisahkan kira-kira 200,000 penganut Hindu Kashmir yang dikenali sebagai Pandit melarikan diri dari wilayah yang majoritinya Muslim berikutan berlakunya serangan bersenjata daripada pemberontak pada tahun 1989 dan 1990 ketika bermulanya pemerintahan New Delhi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi serta Menteri Dalam Negerinya, Amit Shah memuji filem persembahan dan kandungan filem berbahasa Hindi itu dan ia merupakan salah satu filem India yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun ini.

Malah, filem itu diisytihar bebas cukai di kebanyakan negeri yang diperintah Bharatiya Janata Party (BJP).

Bukan itu sahaja, filem itu turut mendapat reaksi daripada masyarakat India apabila ada yang meminta penganut Hindu untuk merogol wanita Islam selepas menonton filem itu di pawagam.

Ia disambut dengan sorakan yang kuat dan disertai dengan nyanyian Har Har Mahadev, sebuah lagu keagamaan Hindu.

Walau bagaimanapun, filem itu mendapat kritikan kerana ia disifatkan sebagai anti-Muslim dan longgar dengan fakta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: