Antarabangsa

Jerman Rekod Hampir 900 Serangan Islamofobia, Purata 2 Serangan Sehari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 01 Julai 2023 – Jerman merekodkan sebanyak 898 serangan islamofobia pada tahun lalu, di mana umat Islam negara itu menerima purata dua serangan sehari, lapor media antarabangsa.

Menurut laporan yang disediakan oleh Alliance against Islamophobia and Anti-Muslim Hate (CLAIM), serangan tersebut termasuk serangan fizikal, lisan, ucapan kebencian, kerosakan harta benda dan keganasan.

BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM

BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN

Dalam pada itu, serangan juga dibuat terhadap wanita bertudung yang berhadapan dengan penghinaan dan serangan fizikal di ruang awam, diikuti oleh golongan pelajar.

Mengulas laporan sama, Pengerusi CLAIM, Rima Hanano menegaskan, terdapat ‘keperluan mendesak untuk masyarakat bersatu dengan mangsa serangan ini’.

Ujarnya, penyelesaian untuk memerangi fenomena sebegini adalah untuk ‘memberi pendedahan serta kefahaman yang cukup kepada masyarakat’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: