Bahrain Putuskan Semua Hubungan Ekonomi Dengan Israel
MANAMA, BAHRAIN, 03 November 2023 – Bahrain bertindak memutuskan hubungan ekonomi dengan negara haram Israel susulan daripada peperangan berterusan negara tersebut ke atas rakyat Palestin, lapor portal Wion.
“Dewan Rakyat mengesahkan bahawa duta Israel ke Kerajaan Bahrain telah meninggalkan Bahrain dan Kerajaan Bahrain memutuskan untuk memanggil semula duta Bahrain dari Israel ke negara tersebut. Hubungan ekonomi dengan Israel juga telah dihentikan.”
“Parlimen menegaskan bahawa berterusan perang dan operasi ketenteraan serta peningkatan eskalasi oleh Israel dalam situasi di mana undang-undang kemanusiaan antarabangsa tidak dihormati mendorongnya untuk menuntut lebih banyak keputusan dan langkah-langkah yang memelihara nyawa rakyat tidak berdosa dan orang awam di Gaza,” katanya.
Tindakan Bahrain ini adalah menyusuli negara Jordan yang baru-baru ini turut memanggil diplomatnya dari Israel sebagai tanda protes terhadap pengeboman Israel ke atas Gaza serta krisis kemanusiaan yang berlaku.
Untuk makluman, Bahrain secara rasmi telah menjalin hubungan dengan negara haram Israel pada 2020 sebagai sebahagian daripada Perjanjian Abraham.