Antarabangsa

Syarikat Rihanna Disaman Kerana Siarkan Hadith Di Pertunjukan Baju Dalam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW YORK, 17 Ogos 2021 – Syarikat pakaian dalam milik penyanyi popular Rihanna, Fenty sedang menghadapi tuntutan saman oleh seorang artis yang tertekan dengan kecaman umat Islam setelah lagunya disiarkan di pertunjukan fesyen pakaian dalam syarikat itu.

Ramai umat Islam merasa terhina apabila lagu berjudul “Doom” yang diselitkan dengan bacaan hadith Nabi Muhammad dikumandangkan sambil model-model yang hanya memakai coli dan celana dalam menari mengikut rentak lagu itu dalam siaran langsung Savage X Fenty 2020 yang ditonton oleh jutaan orang.

Hadith yang diselitkan dalam lagu itu adalah berkenaan hari akhirat, yang dibacakan oleh seorang qari terkenal berasal dari Kuwait, Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy.

Rihanna meminta maaf dan menyuarakan penghargaannya kepada umat Islam kerana sudi menegurnya, beliau menyifatkan perbuatan itu “tidak disengajakan” dan hanyalah sebagai suatu “kecuaian”.

Artis yang terlibat dalam pembikinan lagu tersebut nekad untuk menyaman Fenty kerana menurutnya, syarikat itu sepatutnya menyiarkan lagu yang sama tetapi versi yang tidak mengandungi bacaan hadith, sepertimana yang telah dipersetujui oleh Rihanna sendiri.

Artis itu menuntut saman lebih RM 42 juta dari Fenty sebagai pampasan kerana terpaksa hidup bersembunyi dan menderita tekanan perasaan disebabkan oleh cemuhan dan ugutan masyarakat ekoran peristiwa itu.

Rihanna sebelum ini pernah dihalau dari Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi kerana berpakaian tidak sopan dan bergambar sambil menggayakan aksi-aksi sensual serta provokatif dalam masjid itu sebagai hidangan mata jutaan pengikut laman Instagram beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: