Antarabangsa

Ancaman Perkauman Sasar Masjid-Masjid di Jerman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 31 Oktober 2023 – Tiga masjid di Jerman menerima surat serta bungkusan yang mengandungi ancaman perkauman terhadap umat Islam dalam beberapa hari kebelakangan ini, memetik laporan agensi berita antarabangsa.

Menurut laporan itu, Kumpulan Turki-Islam DITIB yang mengendalikan tiga masjid di barat laut Jerman mengutuk insiden rasis itu dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Islamofobia.

Kata pengerusi persatuan masjid DITIB di Bochum, Castrop-Rauxel dan Recklinghausen dalam satu kenyataan bersama, perbuatan keji itu bukan sahaja mendukacitakan mereka malah jiran-jirannya juga.

Beliau yang menyatakan kebimbangannya berkata, serangan seumpama itu akan menimbulkan kebimbangan yang serius dalam masyarakat sambil menggesa agar pelaku insiden itu ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

Laporan yang sama turut menyatakan, bungkusan yang dihantar ke masjid-masjid itu dikatakan mengandungi mesej rasis, halaman al-Quran yang dibakar, kitab suci Islam, daging babi dan najis.

Untuk rekod, Jerman menghadapi peningkatan dalam perkauman dan anti-Muslim sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana pada separuh pertama tahun ini, polis merekodkan 258 jenayah Islamofobia termasuk serangan ke atas masjid, kes mencederakan anggota serta surat ugutan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: