Antarabangsa

Dokumen Bocor: Mahkamah Tertinggi AS Sedia Haramkan Pengguguran Janin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 06 Mei 2022 – Mahkamah Agung AS baru-baru ini dikatakan telah ‘bersedia’ untuk mengharamkan semula pengguguran janin, berikut merupakan sebuah pendedahan daripada dokumen sulit mahkamah yang dibocorkan.

Lapor Politico, dokumen “Pendapat Mahkamah” tersebut menyatakan bahawa undang-undang yang timbul susulan sebuah kes lama, Roe v Wade, perlu diubah semula kerana ia adalah sebuah kesilapan besar.

“Kami memutuskan bahawa dasar dari (kes) Roe dan (kes) Casey perlu diubah.”

Menurut dokumen tersebut, alasan utama bagi keputusan itu adalah kerana perlembagaan tidak pernah menyebutkan bahawa hak pengguguran janin termasuk dalam hak yang dipelihara di AS.

Kes Roe v Wade adalah sebuah kes lebih kurang 50 tahun lalu di mana Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa perlembagaan telah memelihara hak ibu mengandung untuk memutuskan sama ada mahu ‘menyimpan’ atau menggugurkan kandungan mereka.

Kes Planned Parenthood v Casey juga merupakan kes yang serupa, di mana kes ini diputuskan pada tahun 1992.

Dokumen yang ditulis oleh Samuel Alito (salah seorang hakim tertinggi AS) itu mengesyorkan supaya mahkamah menolak keputusan-keputusan terdahulu yang membenarkan pengguguran janin di AS.

Alito memberikan alasan bahawa kes Roe tersebut telah ‘melangkah bendul’ dalam menentukan prinsip politik negara berkaitan isu pengguguran janin, di mana hal ini sepatutnya diputuskan oleh penggubal undang-undang, bukannya mahkamah.

“Ketika (kes) Roe berlaku, 30 negeri masih mengharamkan pengguguran janin. Beberapa tahun sebelum kes Roe muncul, satu pertiga negeri-negeri di AS sudah mula longgarkan undang-undang mereka tentang pengguguran janin, tetapi kes Roe meletakkan tanda tamat pada proses politik tersebut,” jelasnya.

Joe Biden, Presiden AS, menegaskan bahawa beliau berdiri teguh bersama keputusan dalam kes Roe v Wade.

“Pertama, (ahli) kepimpinan saya berhujah di hadapan Mahkamah dalam membela (keputusan kes) Roe v Wade.”

“Kami katakan bahawa (kes) Roe adalah berpandukan prinsip sedia ada yang mengiktiraf konsep hak kebebasan peribadi seperti yang disebutkan dalam Pindaan ke-14 Perlembagaan.”

“(Prinsip tersebut) melarang campur tangan kerajaan dalam sesuatu keputusan yang bersifat cukup peribadi,” tegasnya dalam sebuah kenyataan rasmi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: