Antarabangsa

Arab Saudi-Israel Bakal Jalin Hubungan Diplomatik?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 08 Jun 2022 – Arab Saudi dan Israel dilaporkan terlibat sama dalam perbincangan serius untuk membina hubungan ekonomi dan ‘aturan keselamatan’ antara dua negara tersebut.

Kerajaan Arab Saudi berkata, perbincangan rahsia itu diadakan kerana Israel tidak lagi dilihat sebagai musuh dan sokongan terhadap kerjasama tersebut semakin meningkat di kalangan anak muda Arab Saudi.

Menurut sumber, Amerika Syarikat bertindak sebagai perantara perjanjian bagi pesawat komersial dari Israel untuk memperluaskan akses ke ruang udara Saudi, manakala Saudi sedang berusaha untuk menguasai dua pulau Laut Merah yang strategik, Tiran dan Sanafir.

Sehingga kini, hanya penerbangan antara Tel Aviv dan Emiriah Arab Bersatu dibenarkan terbang melintasi Arab Saudi, akibatnya penerbangan ke destinasi lain menjadi jauh dan lebih lama daripada yang sepatutnya.

Jika sebelum ini Arab Saudi berulang kali menegaskan hanya akan menormalkan hubungan dengan Israel selepas penubuhan negara Palestin, namun pendirian itu bukan lagi satu perkara yang boleh dipegang.

Menurut para pegawai Arab Saudi, ramai orang muda kecewa dengan Pihak Berkuasa Palestin.

Tambahan pula, Arab Saudi kecewa apabila Iran menyokong kumpulan Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza.

“Jika Hamas membina hubungan dengan Iran untuk melindungi diri mereka, maka mengapa kita tidak menjalin hubungan dengan Israel untuk melawan Iran demi melindungi diri kita sendiri?” seorang pegawai Saudi berkata dalam laporan itu.

Sebelum ini, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menegaskan bahawa Israel adalah bakal sekutu berpotensi bagi negara penjaga dua tanah paling suci umat Islam itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker