Antarabangsa

Majoriti Rakyat AS Tidak Iktiraf ‘Gender Ketiga’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 02 Jun 2023 – Sebuah bancian terbaharu telah menunjukkan bahawa kebanyakan besar para pengundi Amerika Syarikat (AS) termasuklah daripada parti Demokrat tidak mengiktiraf ideologi transgender yang dibesar-besarkan oleh para korporat dan saluran media negara itu.

Perkara tersebut telah dijelaskan oleh sebuah laporan Rasmussen Reports yang telah dilancarkan pada Khamis lalu.

BACA JUGA: Lagu Pujian Kristian Ala Selawat Nabi, Umat Islam Dinasihat Berhati-Hati

BACA JUGA: AMARAN! 11 Kawasan Rekod Status Cuaca Lebih 35°C

BACA JUGA: Mangsa, Waris Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Gesa Dedah Laporan Penuh

Bancian tersebut menunjukkan bahawa tujuh daripada sepuluh atau 71 peratus daripada orang dewasa AS bersetuju bahawa hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Hasil bancian yang sama menunjukkan bahawa 67 peratus daripada pengundi parti Demokrat berpendirian bahawa hanya terdapat dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bahkan hanya 14 peratus daripada para pengundi parti yang sama yang bersetuju dengan ideologi transgender.

Pengundi dari kedua-dua parti juga menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap pengharaman prosedur rawatan transgender kepada golongan bawah umur seperti pembedahan penukaran jantina.

59 peratus daripada warga AS bersetuju untuk menghalang terapi hormon terhadap kanak-kanak manakala 62 peratus lagi percaya bahawa pembedahan tukar jantina perlu diharamkan.

Bahkan majoriti daripada pengundi Demokrat bersetuju bahawa golongan bawah umur tidak sepatutnya mendapat akses untuk sebarang rawatan pertukaran jantina. Manakala sekitar 74 peratus daripada warga AS turut membantah mana-mana sekolah atau guru untuk memberi nasihat berkenaan identiti seksual terhadap kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: