Antarabangsa

Peratusan Warga Malaysia Miskin di AS Lebih Tinggi Berbanding Bangladesh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 15 Mei 2022 – Peratusan warga Malaysia yang hidup dalam kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) adalah lebih tinggi berbanding warga Bangladesh yang turut menetap di sana.

Hal ini didedahkan oleh Centre for Economic Policy Research (CEPR), sebuah badan kajian ekonomi antarabangsa.

Apakah isi kandungan kajian tersebut? Kajian tersebut mendapati bahawa peratusan mereka yang berasal dari Malaysia dan hidup dalam kemiskinan berbanding keseluruhan warga Malaysia yang menetap di AS adalah pada kadar sekitar 25%.

Secara mudahnya, dalam 100 orang Malaysia yang menetap di AS, 25 orang daripadanya hidup dalam kemiskinan.

Bagi mereka yang berasal daripada Bangladesh pula, kadar peratusan warga Bangladesh yang hidup dalam kemiskinan berbanding mereka yang tidak, adalah pada kadar sekitar 24%.

CEPR menyatakan bahawa kajian ini merupakan sebuah pendedahan penting yang dapat menyangkal mitos bahawa migran Asia di AS kebanyakannya adalah kaya-raya, sekaligus membolehkan bantuan kerajaan diagihkan dengan adil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker