Antarabangsa

AS Rancang Campur Tangan Dalam Pilihan Raya Rusia – Menteri Luar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 20 Jun 2023 – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) betul-betul mempunyai tujuan untuk merosakkan kestabilan Rusia dengan menggunakan peluang Pilihan Raya Presiden 2024.

Menurut Lavrov, AS sama sekali tidak menghentikan “amalan jahat dalam masuk campur terhadap hal ehwal dalaman negara-negara yang berdaulat”.

BACA JUGA: Ancaman Siber-Pedofilia, Ibu Bapa Main Peranan Besar Pencegahan – Polis

BACA JUGA: ADUN Tupong Pertahan Projek Tiang Bendera Sarawak Bernilai RM30 Juta

BACA JUGA: PRN: MCA & MIC Bakal Dikesampingkan, Kata Pakar

Kenyataan tersebut dibuat Lavrov pada Isnin lalu sewaktu di dalam sesi mesyuarat bersama parti pemerintah Rusia, United Russia Party.

Dalam kenyataan yang sama Lavrov menambah bahawa bentuk campur tangan AS terhadap negara-negara berdaulat adalah berbeza dan ianya termasuklah ugutan, ancaman serta penubuhan ‘revolusi-revolusi warna’.

Lavrov seterusnya menyatakan bahawa antara lain yang dilakukan oleh AS adalah rampasan kuasa dengan tragedi berdarah yang berjaya dilakukan terhadap Ukraine pada 2014. Perkara yang sama cuba dilakukan oleh AS di Belarus enam tahun kemudiannya namun tidak berjaya.

Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa perkara tersebut bukanlah tindakan terakhir AS. Mereka secara terbuka telah mensasarkan untuk menjatuhkan kestabilan politik tempatan di Rusia dalam konteks pemilihan presiden pada tahun 2024.

Pada Mac 2022, Presiden AS Joe Biden telah menyatakan secara terbuka bahawa Putin sama sekali tidak boleh kekal berkuasa, walaupun kemudiannya para pegawai di Washington mengatakan yang kenyataan Biden itu adalah sebuah sentimen peribadi beliau dan bukanlah polisi negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: