Antarabangsa

Syria Dakwa AS & EU Ulang Guna Alasan Lemah, ‘Perang Iraq’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 06 Februari 2023 – Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad telah mengutuk Amerika Syarikat (AS) berikutan polisi-polisi yang dibuat oleh AS terhadap Syria. Faisal telah menyatakan bahawa AS dan sekutu Eropahnya menggunakan alasan yang sama digunakan bagi pencerobohan Iraq pada 2003.

Menerusi sebuah laporan yang dikeluarkan pada bulan lalu, The Organization for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) telah mendakwa bahawa para penyiasat mempunyai “dasar yang munasabah untuk mempercayai” bahawa tentera udara Syria telah menjatuhkan dua silinder gas klorin di bandar Douma pada 2018.

BACA JUGA: Tamadun Sungai Batu Mempunyai Struktur Bangunan ‘Moden’

BACA JUGA: 4 Punca Kenaikan Harga Sayur – KPDN

BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti

Kenyataan OPCW tersebut telah dibidas dan dinafikan oleh Syria pada Khamis lalu, di mana Syria mengatakan bahawa OPCW telah berat sebelah terhadap “kedudukan Barat”.

Pada 14 April 2018, AS, United Kingdom (UK) dan Perancis telah melancarkan siri serangan udara terhadap Syria selepas mereka membuat tuduhan terhadap kerajaan Syria dengan dakwaan bahawa kerajaan Syria telah menggunakan senjata kimia di bandar Douma.

Tuduhan terhadap kerajaan Syria tersebut telah dilaporkan oleh sebuah organisasi yang menganggap diri mereka sebagai kumpulan pertahanan sivil, White Helmets yang mana mereka telah menerbitkan video-video yang memaparkan kononnya mereka sedang merawat mangsa “serangan kimia” itu.

Faisal pada Ahad lalu telah menyeru komuniti antarabangsa agar mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku sebelum ini dan tidak membenarkan AS dan sekutu Eropah terutamanya Perancis, UK dan Jerman untuk menggunakan alasan yang sama untuk masuk campur ke dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara dan menjatuhkan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: