Antarabangsa

Konflik Kuasa Besar: Negara Asia Tenggara Tegas Neutral

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 


Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

INDONESIA, 22 November 2022 – Ketua Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia telah berbeza pandangan berkenaan hubungan kedua-dua negara tersebut dari sudut ketenteraan.

Di dalam satu sesi sidang media di Jakarta, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin telah bercakap mengenai hubungan ketenteraan di antara dua negara tersebut, di mana AS cenderung untuk mengeratkan lagi hubungan ketenteraan dan meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam persenjataan. Menurut Austin,

“AS merasa bangga dalam menjadi rakan sekutu Indonesia, kita bekerja bersama dalam memajukan visi bersama dan membuka Indo-Pasifik”.

Namun Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto pula berulang kali dalam kenyataannya mengatakan bahawa Indonesia akan mempertahankan hubungan erat negara itu dengan dua musuh terbesar AS iaitu China dan Rusia. Subianto berkata,

“Saya suka untuk menegaskan bahawa Indonesia sering mengambil kedudukan bagi mencuba mengekalkan hubungan yang terbaik dengan semua negara, terutamanya negara-negara kuasa besar”.

Indonesia telah menyertai latihan ketenteraan bersama dengan AS pada Ogos lalu dan pada minggu lalu, mereka turut menyambung sesi latihan ketenteraan bersama dengan China. Negara tersebut turut membeli alatan persenjataan daripada kedua-dua China dan Rusia.

Mengenai hubungan Indonesia dengan China dan Rusia, Subianto menyatakan bahawa negaranya telah lama berhubungan baik dengan kedua negara tersebut dengan berkata,

“Kami sudah berhubungan dengan Rusia sudah sangat lama. Tentera kami menggunakan peralatan buatan Rusia”.

“Kami menghargai hubungan kami dengan China. Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, kami mempunyai hak untuk menggunakan peralatan daripada banyak negara”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: