Tempatan

AMARAN! 11 Kawasan Rekod Status Cuaca Lebih 35°C

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 – Sebanyak 11 lokaliti merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Di Semenanjung, kawasan yang terlibat adalah Pasir Mas dan Kuala Krai (Kelantan), Kampar (Perak), Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, dan Kuantan di Negeri Pahang.

BACA JUGA: Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan

BACA JUGA: Isu Air: Kelantan, Sabah, Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Pusat

BACA JUGA: Johor Sasar 8,000 Orang Awam Khatam Al-Quran Setahun

Cuaca sama turut direkodkan di Sabah membabitkan daerah Beaufort, Kota Kinabalu dan Kinabatangan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga September, susulan permulaan Monsun Barat Daya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan cakna akan penjagaan kesihatan dan kurangkan aktiviti di luar rumah selain mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka.

Di samping itu, jabatan itu turut memaklumkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga 07 Jun depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: