Tempatan

Skim Perubatan Madani Akan Bermula 15 Jun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula 15 Jun 2023.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan sedemikian sekali gus mengalu-alukan pengamal perubatan swasta umum (GP) di 10 daerah terlibat menyertai program rintis skim itu bermula hari ini.

Ujarnya, 10 daerah yang ditetapkan adalah Gombak, Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

BACA JUGA: Gelombang Haba, Lebih 5 Juta Carian Penyaman Udara Secara Atas Talian

BACA JUGA: Malaysia Dinobat ‘Destinasi Mesra Muslim Terbaik’ & ‘Destinasi Mesra Muslimah Terbaik’ Dunia

BACA JUGA: Mangsa, Waris Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Gesa Dedah Laporan Penuh

Tambah beliau, “ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani.”

Selain itu, untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

Sebelum ini, Skim Perubatan Madani diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 sebagai salah satu inisiatif mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan Kerajaan. Skim itu merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima STR.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: