Tempatan

Bilik Gerakan Dibuka Di 9 Negeri Terjejas Banjir – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Disember 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal membuka bilik gerakan banjir Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) di sembilan buah negeri yang terjejas akibat bencana alam itu.

Dalam sebuah kenyataan media, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa bilik gerakan telah dibuka di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan juga Sarawak.

Kesemua bilik gerakan berfungsi untuk menyelaras, mengkoordinasi dan menguruskan sebarang keperluan melibatkan bencana banjir, katanya.

“Maklumat di CPRC negeri akan dikongsikan dengan CPRC Kebangsaan di KKM dan juga dengan pelbagai agensi lain yang terlibat dalam usaha menyelamat dan perpindahan ke PPS,” ujar beliau.

Pada masa sama, KKM telah menghantar 20 pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) bagi memberi bantuan perkhidmatan sokongan emosi dan awal psikologi (PFA) kepada mangsa-mangsa banjir.

KKM juga sedang mengenal pasti kesihatan mental para petugas kesihatan yang mungkin terkesan dari segi emosi agar bantuan awal psikologi dapat diberi mengikut keperluan.

Bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), KKM turut memberikan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jelas Dr Zaliha, “Saya memahami kesungguhan anggota keselamatan dan penyelamat yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir.”

Oleh itu, beliau akan mencadangkan supaya KKM menyediakan pasukan paramedik buat anggota keselamatan dan penyelamat agar pemeriksaan kesihatan berkala dapat dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan ketika menjalankan tugas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: