Tempatan

Kuala Terengganu Hampir Lumpuh Kerana Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 28 Februari 2022 – “Jika berterusan seperti begini, Kuala Terengganu akan 100% lumpuh. Semoga semua yang berada di sana dalam keadaan baik sekarang. #BanjirPantaiTimur.” Ini antara doa pengguna Twitter kepada warga Terengganu yang kini sedang diuji dengan bencana banjir.

Laman media sosial kini dipenuhi dengan perkongsian mengenai situasi banjir luar biasa yang melanda Terengganu, mengejutkan seluruh negara dek kerana teruknya keadaan.

Kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di bumbung kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri berikutan air naik terlalu cepat sehingga hampir mencecah bumbung rumah.

Ada juga penduduk yang terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bukit berdekatan selepas Pusat Pemindahan Sementera (PPS) juga ditenggelami air seperti yang berlaku di Kg Menerong, Hulu Terengganu.

Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, banjir kali ini merupakan yang terburuk daripada banjir yang berlaku sebelum ini termasuk 2014.

Jalan Sekayu yang selama ini tidak pernah dinaiki air turut ditenggelami air dan ditutup kepada semua kenderaan.

Rakyat kini amat-amat memerlukan bantuan dari segi makanan, minuman, bekalan bekalan air bersih, ubat-ubatan dan keperluan asas.

FarizanHjMohamad, seorang pengguna Twitter memaklumkan, apa yang diperlukan oleh rakyat Terengganu ketika ini adalah air mineral.

“Terengganu sangat sangat perlukan sumbangan air mineral. Bantuan paling kritikal yang diperlukan sekarang ni ialah air mineral.”

Manakala kebanyakan PPS pula memerlukan makanan, minuman, bekalan air bersih, ubat-ubatan dan keperluan asas.

“Aku macam kecewa jugak la sebab tak banyak bantuan sampai ke Hulu Terengganu. Air minuman pun mangsa banjir tak terima sampai sekarang. Bekalan di sekitar Hulu Terengganu memang dah licin dah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: