Tempatan

Banjir: Mereka Bukan Pencuri, Mereka Ambil Untuk Bantu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Melalui rakaman video yang ditularkan, mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan keadaan banjir kali ini menceritakan tentang situasi cemas dan pertolongan yang mereka terima dari sesama rakyat.

“Kita tak ada bekalan makanan langsung malam sabtu tu, bekalan dah habis. Anak menangis, dia masak, dia bagi anak! You kata dia curi, dia curi untuk apa? Fikirlah sikit!” jelas mereka.

“Dia curi makanan nak buat apa masa banjir ni? Dia bagi orang! You tak nampak apa dia buat. You complain dia curi?” tambah mereka lagi.

Mereka turut menceritakan bagaimana warga Indonesia membantu masyarakat setempat yang terkandas di atas bumbung rumah dengan mengedarkan masakan yang mereka masak di atas bumbung rumah sementara menunggu bantuan tiba.

“Dia bawak tong gas naik atas bumbung, dia bukak bumbung, dia pass rumah sebelah. Rumah sebelah dia bawak dapur tapi tak boleh bawak tong gas sebab air dah naik. Dia masak nasik goreng, letak dalam Tupperware dan ikat. Warga Indonesia tu mereka naik tayar dan baling botol minuman, naik bumbung untuk bagi kami makan,” ujar dua mangsa banjir dalam video yang tular tersebut.

Mangsa-mangsa banjir tersebut memuji sifat bersatu-padu yang dilihat baik dalam kalangan masyarakat Malaysia ataupun bukan, kesemuanya saling bantu-membantu.

“Rakyat untuk rakyat,” ulas mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: