Amaran Banjir Bagi Mersing, 11 Malam Ini
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JOHOR BHARU, 25 Januari 2023 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia meramalkan kejadian banjir boleh berlaku di daerah Mersing pada 11 malam ini sekiranya hujan signifikan terus berlaku di negeri Johor.
Ia susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 24 Januari yang lalu dan hasil simulasi model ramalan banjir.
BACA JUGA: CPTPP: Mana Suara Parti Politik Melayu?
BACA JUGA: Akar Umbi UMNO Belum Terima Anwar, DAP – Penganalisa
BACA JUGA: Islamofobia Senjata Kebencian Untuk Merampas Hak Pemerintahan Muslim
JPS dalam kenyataannya berkata, Pengkalan Batu dan kawasan sekitarnya berisiko banjir mulai 11 malam ini.
Walau bagaimanapun, JPS mengingatkan banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.
“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.”
Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan setakat 4 petang tadi, seramai 4,382 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) .
NADMA menjangkakan peningkatan bilangan mangsa banjir akan berlaku memandangkan cuaca masih lagi tidak membaik.