Tempatan

Pantau Rapat Status Paras Air, TMJ Titah Semua Jentera Buat Persediaan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JOHOR BAHRU, 23 Disember 2021 – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan kepada semua pegawai daerah dan agensi di negeri Johor melakukan persediaan rapi menghadapi sebarang kemungkinan yang terjadi berdasarkan laporan cuaca dan status air di negeri itu

“Saya pantau laporan ramalan cuaca dan status aras air di beberapa sungai di Johor. Saya telah menitahkan semua pegawai-pegawai daerah dan agensi-agensi di Johor untuk memastikan semua jentera, peralatan dan persiapan rapi dibuat serta bersedia untuk pada bila-bila masa.”

Dalam hantaran tersebut, baginda turut memuatnaik gambar semasa daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa tempat di Johor dan beberapa negeri lain.

Baginda juga berkongsi status aras air semasa di Johor yang menunjuk status waspada di tiga tempat di negeri tersebut.

Tunku Mahkota Johor dalam perkongsian lain turut menyatakan bahawa pegawai-pegawai daerah sudah sedia maklum akan tugas jika banjir di kawasan masing masing. Bantuan tenaga, barangan dan tempat berteduh sedia untuk digerakkan.

Baginda juga memaklumkan, Istana Johor juga sudah menyediakan 4,000 kotak keperluan asas untuk diagihkan dan bantuan akan ditambah mengikut keperluan.

Leave a Reply

Back to top button