Tempatan

Banjir: Johor Selaraskan Persiapan Hadapi Gelombang Keempat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KULAI, 17 Januari 2024 – Kerajaan Johor telah menyelaraskan persiapan pada peringkat daerah termasuk dari segi gerak kerja dan tindakan bagi menghadapi banjir gelombang keempat yang dijangka melanda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor membuat persiapan teliti susulan taburan dan luruan hujan luar biasa di negeri ini seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Sebenarnya pada peringkat kerajaan negeri bersama agensi keselamatan terbabit sentiasa bersedia dengan taburan hujan yang mungkin akan lebat.”

“Kita harap kuantiti hujan tidak tinggi iaitu secara normalnya 20 hingga 30 milimeter sejam tetapi sekarang kuantiti hujan sudah mencecah 60 hingga 70 milimeter sejam,” katanya selepas mendengar taklimat dan bertemu penduduk di Kampung Murni Jaya, pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada mulai Khamis hingga Sabtu ini di beberapa daerah di Johor.

Antara daerah di Johor yang dijangka terbabit adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: