Tempatan

Air Naik Lagi Di Baling

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEDAH, 29 Julai 2022 –Kampung Iboi dan Kampung Badang di Baling, Kedah, dilanda banjir di mana hujan lebat selama tiga jam telah mengakibatkan kenaikan paras air sungai sekaligus memaksa tujuh keluarga untuk dipindahkan ke kawasan selamat.

Dalam video berdurasi 11 saat yang dimuatnaik di laman Facebook tersebut, air sungai kelihatan mengalir dengan amat deras sehingga mencecah struktur besi yang melintangi sungai tersebut.

Rakaman tersebut mendapat perhatian umum, di mana seorang pengguna menyatakan:

“Sekali dah banjir,dia akan terus jadi laluan air. Selagi tak ada tindakan diambil, sampai bila-bila kalau ada hujan lebat saja, turunlah kepala air.”

“Punca kerakusan manusia durjana yang menggondol tanah di bukit…kesian orang kampung di bawah,” ujar pengguna yang lain pula.

Lapor MalaysiaKini, ini merupakan banjir kedua susulan kejadian banjir awal bulan ini yang telah memusnahkan kediaman dan meragut beberapa nyawa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: