Mangsa Banjir Sabah Meningkat
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KOTA KINABALU, 04 November 2022 – Jumlah mangsa banjir di Sabah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini meningkat kepada 63 orang daripada 18 keluarga berbanding petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan hanya seorang mangsa bertambah pagi tadi.
Katanya, trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir ketika ini kekal ditambah lagi dengan cuaca baik pagi ini.
Dalam kenyataan yang sama, beliau memberitahu hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort yang menempatkan semua mangsa banjir itu
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di satu dua kawasan terutama di pedalaman pada sebelah petang dan malam di negeri Sabah.