Tempatan

Banjir: 16 Mac Tarikh Baharu Ujian SPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 06 Mac 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penjadualan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan bermula pada 16 Mac ini bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini membabitkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.

BACA JUGA: AMARAN Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: TPM Dinasihat Jangan Sibuk Iktiraf UEC – CIJ

BACA JUGA: “Sedih! Makanan Untuk Mangsa Banjir Sampai Lambat, Kurang Kualiti” – Wee Ka Siong

“Kita akan bermula pada 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa, khususnya persediaan logistik dan lain-lain,” katanya selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan pada Ahad lalu.

Pada majlis itu, Fadhlina juga mengumumkan tema Hari Guru tahun ini, iaitu ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’ yang akan disambut di Melaka.

Tambahnya, pihak kementerian juga akan memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah yang akan dibina dengan rekaan kalis bencana, khususnya di lokasi kerap berdepan bencana seperti banjir.

Terdahulu, KPM menyediakan senarai talian Bilik Gerakan Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Setiap Negeri bagi memudahkan pelajar menghubungi pihak terbabit sekiranya terkandas dalam banjir dan tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

“KPM sentiasa cakna dengan situasi semasa dan siap siaga dengan prosedur operasi standard dan langkah persediaan yang sewajarnya bagi memastikan peperiksaan SPM tahun 2022 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur,” kata kementerian dalam kenyataan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: