Antarabangsa

Tasik Kering Kontang 15 Tahun Kembali ‘Penuh’ Selepas Hujan Lebat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VICTORIA, 20 Oktober 2022 – Tasik Eildon yang kering kontang sejak 15 tahun lalu kembali penuh dengan kapasiti 100.4 peratus apabila dilanda hujan lebat sejak kebelakangan ini.

Sejak kemarau pada tahun 2007, tasik yang terletak di Victoria, Australia itu hanya mampu dipenuhi air kira-kira 5.3 peratus dari paras maksimumnya.

Limpahan air yang berlaku ini dilaporkan hanya berlaku pada 28 tahun lalu.

Selain tasik tersebut, empangan lain juga telah melimpah melebihi kapasiti untuk kali pertama dalam 26 tahun.

Hujan lebat di Victoria, selatan New South Wales dan utara Tasmania sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak kawasan dinaiki air.

Amaran cuaca juga telah dikeluarkan dengan beberapa bahagian di Australia akan menerima lebih 200mm hujan sepanjang minggu depan.

Peramal zon cuaca, Ben Domensino meramalkan hujan lebat dan ribut petir yang dasyat akan merebak ke timur dan tenggara Australia minggu ini, menambah lebih banyak air kepada sungai yang sudah dibanjiri di beberapa negeri.

Menteri Pengurusan Kecemasan Persekutuan, Murray Watt juga memberi amaran Victoria bakal menghadapi ‘banjir teruk’ pada akhir minggu ini.

“Ini situasi yang sangat genting dan laporan yang saya terima ialah 9,000 rumah berkemungkinan bakal ditenggelami air di utara Victoria,” katanya kepada ABC.

Setakat Selasa, ribuan penduduk di beberapa kawasan di seluruh Victoria telah diarahkan berpindah, dan dua orang dilaporkan lemas manakala dua lagi masih hilang di Victoria dan New South Wales.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: