Tempatan

ATM Siap Siaga Jaga Sempadan, Elak Penyeludupan Di Musim Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 20 Disember 2023 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dinamik dalam menjalankan tugas di sempadan negara untuk mengesan kegiatan penyeludupan meskipun berdepan banjir.

Panglima Briged Kelapan Brigedier Jeneral Datuk Azudin Hassan berkata, ATM mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani aktiviti pencerobohan atau penyeludupan dan ia akan dilaksanakan menerusi Op Merpati bermula dari Rantau Panjang ke Jeli.

“Berdasarkan pemerhatian, kegiatan penyeludupan di sempadan masih berlaku semasa banjir apabila golongan tersebut mengubah taktik mereka. Sebelum ini, kemungkinan mereka melakukan kegiatan menyeludup pada waktu Maghrib dan Subuh.”

“Semasa banjir, mungkin penyeludup mengubah waktu kerja mereka pada waktu siang semasa banjir.”

Tegasnya, kawalan sempadan tetap diperketatkan meskipun beberapa kawasan di sepanjang Sungai Golok ditenggelami banjir ketika ini.

Air sungai naik sekalipun, kita masih mampu membuat rondaan menggunakan segala aset yang dibekalkan, malah penugasan langsung tidak terjejas.”

“Jika situasi semakin buruk, keputusan segera akan diambil, sama ada anggota yang ditempatkan di pos kawalan perlu dipindahkan atau tidak. Sebelum ini, ada juga beberapa pos kawalan dilanda banjir, namun tidaklah memudaratkan kerana ia dibina tinggi dan kita masih boleh menguruskan tugasan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azudin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk membantu agensi-agensi penyelamat yang lain pada musim banjir terutamanya di Kelantan dan Terengganu kecuali di daerah Kemaman.

Katanya, seramai 4,500 ATM akan digerakkan jika keadaan banjir di kedua-dua buah negeri itu menjadi semakin buruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: