Tempatan

Penduduk Klang Ingin Saman Kerajaan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KLANG, 06 April 2022 – Penduduk Klang mungkin mengenakan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mengabaikan tugas ketika dilanda banjir Disember tahun lalu, kata YB Tuan Charles Anthony Santiago, EXCO Klang.

Kenyataan itu dibuat dalam seminar yang bertajuk “Kesan Perubahan Iklim terhadap Kawasan Pantai seperti Klang” pada Sabtu lalu.

Katanya, negara bertanggungjawab melindungi dan mempromosikan hak dan kepentingan rakyatnya. Namun, ketika banjir melanda, tiada satu pun sistem amaran awal atau usaha bantuan banjir yang mampu membantu individu atau masyarakat yang terlibat.

Bukan itu sahaja, pegawai kerajaan juga dikatakan hilang tiga hingga empat hari pertama ketika banjir melanda sehinggakan rakyat mengambil inisiatif untuk mengatur pengagihan makanan dan misi menyelamat.

Menurut beliau, para peserta seminar turut membangkitkan mengenai perubahan sistem saliran dan pengairan baharu di Klang. Beliau mendapati bahawa perkara ini juga melibatkan pergerakan air melalui sungai.

Justeru itu, sungai-sungai terbabit perlu dilebarkan dan didalamkan bagi membenarkan aliran air yang lebih besar.

Tambah beliau, cadangan ini mengambil kira kepadatan penduduk di Klang yang memerlukan pendekatan berbeza dalam hal pengurusan banjir.

Selain itu, sistem perparitan juga tidak dapat menampung taburan hujan yang tinggi dan kenaikan paras air laut.

Malah, turut dicadangkan penutupan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan digantikan dengan pasukan bantuan bencana yang mempunyai rangka kerja perundangan negara dalam pasukan banjir.

Pada masa ini, usaha pemulihan dan bantuan banjir diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara, namun pendekatan ini perlu diubah. Charles memaklumkan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan pasukan bantuan bencana yang terdiri daripada polis dan tentera.

Pada Disember tahun lalu, hujan lebat yang berlarutan selama dua hari di Klang telah mengakibatkan banjir dan lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: