Tempatan

8 Kontena Bantuan Akan Dihantar Ke Gaza Januari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 19 Disember 2023 – Sebanyak lapan buah kontena yang beratnya mencecah 208 tan akan dihantar ke Gaza menerusi kapal pada Januari ini, ujar Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari.

Memetik laporan media tempatan, sekretariat itu merancang menggunakan kapal laut pada misi keempat kerana barangan yang akan dihantar kepada penduduk Gaza berbentuk tahan lama dan lambat tarikh luputnya.

Jismi menjelaskan, pada awalnya, mereka berhasrat mengangkut bantuan melibatkan sebanyak 75 buah kontena dengan berat keseluruhan 1,950 tan.

Namun, ada barangan yang boleh dianggap sebagai terdesak untuk digunakan segera di Gaza dan lebih sesuai dihantar menggunakan pesawat udara.

“Bagi barang yang mampu bertahan lama dan tidak perlu disegerakan, ia akan dihantar dengan kapal yang kelazimannya mengambil masa antara 12 hingga 24 hari,’’ ulas beliau.

Tambah Jismi, segala sumbangan kemudiannya akan diuruskan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir yang menyelia penghantaran melalui sempadan darat masuk ke Gaza.

Semalam, pengerusi sekretariat itu telah mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mencemar duli menyaksikan persiapan misi ketiga Ops Ihsan di Kompleks Kargo KLIA.

Misi ketiga ini meliputi pelbagai barangan termasuk keperluan perubatan dan musim sejuk untuk rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel di Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: