Antarabangsa

80% Kanak-Kanak Palestin Alami Kecelaruan Mental

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMENANJUNG GAZA, 30 Jun 2023 – Sebanyak 80 peratus kanak-kanak di Gaza mengalami masalah kecelaruan mental, dedah Ketua Pengarah Program Kesihatan Mental Gaza, Dr Yasser Abu Jameh.

Menerusi kajian terbarunya terhadap penduduk kawasan itu, lapan daripada sepuluh kanak-kanak di kawasan kepungan Semenanjung Gaza berhadapan dengan tekanan psikologi.

Bukan sekadar itu, dua pertiga ibu bapa di kawasan berkenaan juga merasakan mereka tidak dapat memberikan sokongan mencukupi kepada anak-anak, malah ada yang berasa tidak dapat melaksanakan peranan ibu bapa dengan sebaiknya.

Jelas beliau, antara faktor yang menjejaskan psikologi rakyat Palestin adalah melibatkan pendudukan Zionis Israel dan sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

BACA JUGA: Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Sulu

BACA JUGA: AWAS! Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

BACA JUGA: Aidiladha: Penjawat Awam Dapat Cuti Tambahan, Swasta Tidak Tertakluk

Tambahnya lagi, dua pertiga daripada rakyat adalah pelarian dan hampir separuh mengalami masalah pengangguran di negara mereka sendiri.

Beliau turut memaklumkan statistik terbaru di mana lebih 200,000 rakyat Semenanjung Gaza mengalami masalah psikologi sehingga mencapai tahap gangguan mental yang teruk.

Tegasnya, “Semestinya, statistik ini selaras dengan kebanyakan statistik antarabangsa yang mengesahkan bahawa kira-kira 10% penduduk di kawasan yang terdedah kepada bencana manusia atau kesan peperangan mengalami penyakit mental sederhana hingga teruk.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: