Tempatan

Malaysia Sedia Sertai Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Menerusi Sempadan Rafah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 Oktober 2023 – Malaysia bersedia menyertai usaha antarabangsa menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan kemudahan penuh daripada Kerajaan Mesir melalui pusat pemeriksaan di sempadan Rafah-Gaza.

Kenyataan Wisma Putra menyebut, Malaysia menyahut sekeras-kerasnya seruan Mesir yang menggesa Israel menghentikan serangan di pintu Salah al Din di bahagian Palestin di sempadan Rafah, bagi memastikan penghantaran bekalan kemanusiaan dapat dilaksanakan segera kepada penduduk yang terjejas di Gaza.

Negara turut memuji peranan penting Mesir dalam usaha untuk memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang selamat kepada rakyat Palestin.

Ujar pihak kementerian, “Saluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, terutamanya melalui sempadan Rafah-Gaza adalah penting untuk kelangsungan hidup rakyat Palestin yang kini mengalami sekatan total terhadap keperluan asas oleh rejim Israel.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: