Antarabangsa

Seramai 60% Warga Gaza Menderita Masalah Kesihatan Mental

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMENANJUNG GAZA, 12 Oktober 2022 – Lebih separuh daripada penduduk Semenanjung Gaza menderita masalah mental akibat daripada sekatan yang dikenakan oleh rejim haram aparteid Israel dan Mesir selama lebih sedekad, menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Hamas.

Mengulas lebih lanjut, Ketua Pengarah Kesihatan Mental di kementerian tersebut, Jamil Suleiman Ali berkata, anggaran 50 hingga 60 peratus penduduk Gaza telah terkesan daripada keganasan rejim haram aparteid Israel yang menjejaskan kesihatan mental mereka.

“Kecederaan tidak hanya terhad kepada tubuh badan, tetapi ada kecederaan psikologi yang memberi kesan negatif yang boleh memberi impak lebih parah daripada luka fizikal.”

Jamil Suleiman Ali mendedahkan, perkara tersebut dapat dilihat daripada simpton-simpton pesakit mental yang wujud di kalangan mereka seperti tekanan perasaan dan kemurungan, gugup, keganasan sosial, introversi dan masalah lain.

Perkara ini menjadi lebih menyedihkan apabila di Gaza sendiri tidak ada pusat khusus yang mencukupi untuk merawat pesakit-pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental.

Selain itu, Jamil Suleiman Ali juga memaklumkan bahawa selama lebih 15 tahun, penduduk di Semenanjung Gaza menderita akibat kemerosotan kehidupan dan keadaan ekonomi akibat keganasan ‘haram’ rejim haram aparteid Israel.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan berkenaan seorang kanak-kanak Palestin, Rahaf Abu Suleiman, seorang gadis berusia 11 tahun yang merupakan mangsa kekejaman peluru berpandu rejim haram aparteid Israel yang merayu supaya tidak menghantarnya pulang ke Gaza.

Berikutan situasi kesihatan yang teruk di Semenanjung Gaza, kanak-kanak itu yang baru sahaja tiba di Ankara untuk meneruskan rawatan perubatannya merayu campur tangan pihak berkuasa Turkiye dalam hal ini.

Rahaf telah kehilangan tiga anggota badannya; kedua-dua kaki dan sebelah tangan akibat serangan peluru berpandu rejim haram aparteid Israel pada 6 Ogos lalu. Bukan itu sahaja, serpihan peluru itu turut merosakkan penglihatan Rahaf.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: